ADAP
TERHADAP IBU BAPA
·
Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat
(derhaka) kepada Allah dan Rasul.
·
Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
·
Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.
·
Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu
lain yang munasabah.
·
Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
·
Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
·
Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.
·
Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
·
Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu,
sentiasa memerhati keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya
mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui tetamu).
·
Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka
tidak menyuruhnya.
·
Tidak meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.
·
Tidak memotong perbualan mereka.
·
Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.
·
Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka
ketika mereka sedang tidur.
·
Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.
·
Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak
menyenangkan.
·
Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.
·
Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
·
Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
·
Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa sedang duduk melainkan
mendapat izin dari keduanya.
·
Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.
·
Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak berjalan di hadapan
(mendahului) mereka.
·
Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
·
Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau
setelah mereka mati.
·
Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan
derhaka kepada kedua ibubapa mereka.
· Selalu mengucapkan doa kepada keduanya
terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di
dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik
aku pada masa aku kecil.