![]() |
Allah Maha Besar |
Thursday, 27 September 2012
Solat Zohor Berjemaah
SOLAT ZOHOR
Solat zohor berjemaah adalah satu program untuk memantapkan lagi ibadah solat di kalangan murid-murid tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ). Program ini bertujuan untuk melahirkan murid berilmu,beriman dan berakhlak mulia. Pembentukan sahsiah murid adalah penting bagi mewujudkan murid yang beristiqamah dalam beribadah dan akan menyumbang kepada masyarakat yang berketrampilan untuk mencapai kesejahteraan diri.
2. OBJEKTIF
2.1 Menjadikan amalan solat satu kebiasaan dalam kehidupan seharian.
2.2 Menyemarakan kecintaan kepada Allah dan Rasul.
2.3 Mewujudkan rasa bertanggungjawab murid terhadap diri
dan agama dengan membiasakan diri solat berjemaah
setiap hari.
2.4 Membentuk sahsiah yang terpuji sepanjang hayat.
3. MATLAMAT
3.1 Melahirkan murid yang berdisiplin sepanjang hayat.
3.2 Sentiasa menjadikan amalan solat sebagai amalan harian.
3.3 Melahirkan murid yang bertaqwa kepada Allah.
3.4 Firman Allah S.A.W dalam Hadis Qudsi : BARANGSIAPA
MENCINTAI RASULKU SESUNGGUHNYA IA
MENCINTAIKU.
4. kumpulan sasaran
Semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6)
5. STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Tempat
SOLAT : Surau
WUDUK : Tempat wuduk(Tepi surau dan bilik air).
5.2 Tarikh pelaksanaan
Sepanjang tahun
5.3 Masa
Selepas waktu persekolahan (1.30 tengahari) setiap hari.
5.4 Jadual tugas
(Rujuk jadual tugas)
6. PENUTUP
Semoga dengan pelaksanaan program ini berjaya menarik minat murid dalam beristiqamah untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah dan solat fardhu yang lain. Adalah diharapkan semua murid tahap 2 dapat menanamkan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintahkan oleh Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)