Wednesday 12 December 2012




SELAMAT DATANG KE BLOG PUZIAH67.BLOGSPOT.COM

Syukur Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya membina blog sendiri dengan bantuan pensyarah, tutor, rakan kuliah dan ahli keluarga. Dengan adanya blog ini memudahkan saya berinteraksi melalui alam maya dengan rakan-rakan dan dapat berkongsi ilmu dan semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Nadia Akma selaku Pensyarah E- Learning, rakan-rakan UPSI dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembinaan blog ini. Semoga kita semua maju jaya.

Mukhlisah :
PUZIAH BT HAJI AWANG
D 20112052643
IKM BESERI

Monday 10 December 2012


ASSALAMUALAIKUM

Rakan Group Perlis 03
Kohort 3 Semester 2

Ingat mengingati !!!!!!!!

Sila cetak dan bawa slip peperiksaan semasa menghadiri peperiksaan.

Good Luck !!!!!!!!

Sunday 9 December 2012



Solat

Solat (bahasa Arab: صلاة; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Waktu-waktu solat

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Dalil wajib solat

Dalil-dalil Al-Quran.
1. Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya :
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ".[1]
2. Surah Al-Baqarah ayat 150:
Maksudnya:
" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) ".[2]
Dalil-dalil Hadis.
Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)[3]

Syarat wajib solat:

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat

  • Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
  • Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
  • Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).
  • Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).
  • Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat

  1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[4]
  4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun solat.
  11. Murtad

Rukun Solat

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]

Note:
tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

Perkara-perkara sunat dalam solat

  1. Sunat Hai'ah
  2. Sunat Ab'adh

Perkara-perkara makruh semasa solat

  • Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  • Memandang ke atas (mendongak).
  • Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  • Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  • Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  • Bercekak pinggang.
  • Menyinsingkan kain atau baju.
  • Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  • Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
  • Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat

Perkara yang boleh dilakukan selepas solat

  • Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
  • Membaca Al-Quran.
  • Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.

Saturday 8 December 2012


ADAP TERHADAP IBU BAPA

·  Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.
·  Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
·  Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.
·  Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.
·  Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
·  Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
·  Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.
·  Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
·  Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui tetamu).
·  Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
·  Tidak meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.
·  Tidak memotong perbualan mereka.
·  Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.
·  Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
·  Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.
·  Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
·  Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.
·  Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
·  Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
·  Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
·  Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.
·  Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak berjalan di hadapan (mendahului) mereka.
·  Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
·  Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati.
·  Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibubapa mereka.
·  Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa aku kecil.

Friday 7 December 2012

DOA



KEBESARAN ALLAH DALAM KEJADIAN ALAM SEKITAR
Contoh:
Terdapat sungai bawah laut
Gambar-Gambar kewujudan sungai di dalam laut
Gambar ini di Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua.. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
       Kejadian sungai di dalam laut ini sebenarnya adalah salah satu bukti kebesaran Allah terhadap manusia.
       Ini juga adalah hikmah di mana Allah ingin menunjukkan kepada manusia akan kebenaran al-Quran. Ini berdasarkan dalam ayat al-Quran:
سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (53(
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).
        Kejadian sungai di dalam laut ini juga adalah sebagai satu hikmah di mana Allah ingin menyampaikan bukti kebenaran bahawasanya Allah itu adalah tuhan yang Maha Esa dan Agong.