Riwayat Hidup
a.Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah
bersamaan dengan 699 Masihi di Kufah semasa
pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
b.Nama sebenarnya ialah An-Nukman bin Thabit.
c.Imam Abu Hanifah rahimullah berasal
daripada bangsa Parsi.
d.Beliau digelar "Abu Hanifah"
kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat ilmu
pengetahuan yang dipelajarinya.
e.Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun
150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di dalam penjara ketika berumur 70 tahun dan
dikebumikan di Baghdad.
f.Beliau adalah pengasas "Mazhab
Hanafi".
Sifat2 Peribadi
a.Imam Abu Hanifah mempunyai ilmu pengetahuan
yang amat tinggi.
b.Beliau berani menghadapi segala bentuk
cabaran untuk menegakkan kebenaran.
c.Beliau juga suka menghulurkan bantuan
kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan tanpa mengira usia, pangkat dan
darjat.
d.Imam Abu Hanifah seorang yang rajin
berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya.
e.Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah
S.W.T., warak, qana’ah dan tidak tamak pada harta kekayaan.
f.Beliau juga seorang abid yang kuat
beribadat dan berpegang teguh pada ajaran Islam.
Pendidikan
a.Sejak kecil, Imam Abu Hanifah berminat
mempelajari ilmu pengetahuan.
b.Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa
sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas bin Malik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal
bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.
c.Beliau juga menuntut ilmu daripada 200
orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in.
d.Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu
tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Beliau juga mahir
dalam bidang sastera.
e.Imam Abu Hanifah telah berguru dengan
seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun. Selepas gurunya
meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu kepada
orang ramai.
Jasa dan sumbangan
a.Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.
b.Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam
bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan
antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak
sahih.
c.Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli
fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal
fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum
apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran
atau hadis nabi.
d.Berbekalkan kebolehan yang di milikinya
dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun
ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab
seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun
kitab "Al-Faraid" (harta pusaka)
dengan lengkap.
e.Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam
Abu Hanifah yang terbesar termasuklah:
i.Fikah Akbar.
ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim.
iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.
e.Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang
dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India,Pakistan China, Khurasan, Turki
dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.
No comments:
Post a Comment